Sunday, 2 December 2012
Hangatnya Cinta - A'je Fazlina (Kaki Novel)
Nur Nilam Qaseh bertemu Mohamad Iskandar Dzulkarnain secara kebetulan. Pertemuan yang mengikat mereka sebagai suami isteri bagi kepentingan masing-masing. Nilam terpaksa akur dengan ikatan bagi merawat penyakit ibunya manakala Is untuk mengelakkan diri dari berkahwin dengan gadis pilihan ibunya, Juleana. Perjanjian mulut yang dibuat sebelum ikatan bermula memakan hati Nilam. Permulaan perkahwinan dia diperlakukan seperti insan yang tiada harga diri. Merasa menyesal menurut permintaan Is. Iskandar yang telah dibayangi pengkianatan cinta dari gadis yang pertama dicintai menjadikan dirinya sering memandang serong terhadap setiap gadis disisinya.
Cuba menutup rasa cinta akibat cinta pertama. Namun ikatan yang dirancangan telah membuat mereka jatuh cinta. Is yang panas baran, ego sering melukakan hati Nilam yang begitu jujur menyintai dirinya. Sering hati Nilam dilukai dan sering juga Iskandar memohon kemaafan. Iskandar sering meluahkan kata-kata yang merobek hati dan perasaan Nilam. Hingga ada ketikanya kerana satu waktu Iskandar menghalau Nilam keluar dari rumahnya akibat cemburu buta. Mampukah rumah tangga yang dibina tanpa cinta dipermulaan bertahan setelah cinta bersinar dihati masing-masing. Mampukan Nilam terus menerus memaafkan sikap serta setiap kata nista yang dilafaskan Iskandar.
Tiga bintang. (Average)
Thursday, 29 November 2012
Biar Cinta Bertaburan - Yusnida Tajudin (Kaki Novel)
Bermula sebagai PA, Ayesha menjalankan tugas yang
diamanahkan kepadanya walaupun Emeer ketuanya itu merupakan insan yang sering
menyakitkan hatinya. Kata-kata yang keluar dari mulut Emeer sering menyakitkan
hatinya. Namun siapa sangka Ayesha dapat bertahan kerana hatinya telah mula
jatuh cinta secara diam terhadap ketuanya itu.
Cinta yang hadir tak mungkin
bersambut kerana Emeer sebenarnya tunangan orang.
Ayesha sedar tidak mungkin cintanya berbalas tetapi
hakikatnya Emeer turut menyintainya dan ingin memilikinya. Prinsip Ayesha yang
tidak mahu mengambil hak orang lain membuat hati mereka merana. Emeer tidak
mahu kehilangan cinta Ayesha. Bagi Emeer tanpa Ayesha hidupnya tidak sempurna. Kerana
cinta suci yang hadir juga antara mereka membuatkan masing-masing hanyut
seketika tapi Ayesha tetap tidak mampu melanggar prinsip hidupnya untuk menjadi
perampas kekasih orang lain. Walaupun dirinya mengandungkan zuriat Emeer,
dirinya tidak tegar untuk menjadi orang ketiga.
Sunday, 25 November 2012
Adam dan Hawa - Aisya Sofea (Alaf 21)
Kerja sementara menemukan dua insan. Sifat Adam yang agak
bebas mendampingi gadis diluar membuat Ain takut untuk menerima salam
persahabatan. Namun dugaan menimpa bila meraka ditangkap berduaan di dalam
rumah dengan keadaan yang mencurigakan. Ain begitu marah dengan sikap Adam yang
langsung tidak berusaha untuk menafikan mereka tidak bersalah. Malah Adam
dengan rela hati menerima usul agar mereka dinikahkan.
Kemarahan Ain memuncak kerana dia belum bersedia berkahwin
malah menganggap maruahnya telah dipijak. Walaupun dia kini telah menjadi
isteri Adam namun Ain terus membawa diri belajar keluar Negara melarikan diri
jauh dari Adam. Benci dan marah bersatu membuat hatinya keras untuk menerima
Adam sebagai suaminya. Setelah bertahun meninggalkan suaminya, Ain percaya
ikatan perkahwinan yang pernah terjalin telah terputus.
Tanpa disangka Adam masih lagi setia menunggu Ain malah
pertemuan mereka di tanah suci bagai mengambarkan mereka sememangnya telah
ditakdirkan untuk bersama selamanya. Kesetiaan Adam, kesabaran suami malah
perubahan sikap Adam akhirnya membuka pintu hati Ain menerima Adam ketentuan
jodoh.
Aku Untukmu - Tulip Ungu (Kaki Novel)
Izhar anak tunggal yang sering alpa dengan keseronokan serta dunia luar. Kerana sikap yang agak tersasar dari landasan agama telah membuat bapanya Datuk Hassan membuat keputusan untuk menjodohkan anak bujangnya itu dengan Ardini, anak sahabat baiknya yang telah meninggal dunia. Rakan yang pernah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dulu.
Ardini, gadis bertudung litup serta berpewatakan lembut namun mempunyai calitan sejarah hitam terasa tertekan dengan permintaan itu. Tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan keluarga Datuk Hassan yang selama ini sering membantu dirinya terpaksa membuat kisah hitamnya itu dengan harapan rancangan menjodohkan dirinya dengan anak tunggalnya terhenti. Namun harapan tinggal harapan bila kejujuran yang dipamerkan membuat diri terikat dengan ikatan perkahwinan.
Izhar, suami yang dikahwini terpaksa menerima diri Ardini tanpa kerelaan hatinya. Belum puas menikmati dunia bebas terpaksa memikul tanggungjawab yang baru. Marah dan kecewa namun terpaksa menurut kemahuan bapa.
Izhar tanpa jemu cuba mempermainkan perasaan Ardini. Tindak tanduk Izhar hanya dituruti Ardini tanpa bantahan. Dia tahu dia terpaksa menurut segala kemahuan Izhar. Pelbagai cara dilakukan untuk melepaskan rasa marahnya namun akhirnya Izhar mula merasa begitu memerlukan Ardini disisi. Mudah membuat andaian sendiri membuat rumahtangganya mula dilanda badai. Kesabaran Ardini mula rapuh memaksa diri meninggalkan Izhar semoga suami ketemuai kebahagian yang dicari dengan insan lain.
Tanpa Ardini Izhar derita. Kehilangan Ardini membuat dirinya merana.
Saturday, 24 November 2012
Andai itu takdirnya - Siti Rosmizah (Buku Prima)
Aleya meminati Syed Aizril dimana Aizril umpama merak
dikayangan. Sekembali ke tanah air dia diterima bekerja disyarikat dimana milik
bapa Aizril. Dalam diam Aizril turut meminati dia secara diam. Namun kerana
hasad dengki musuh dalam selimut mereka diperangkap hingga membuat diri
terpaksa dijodohkan. Aizril menuduh Aleya sengaja memerangkapnya. Tidak dapat
menerima musibah yang melanda, keluarga Aleya sendiri turut menyisihnya. Tiada
tempat mengadu, Aleya merana dengan sikap Aizril yang tanpa henti mencerca
malah mendera dirinya secara mental serta fizikal. Hinggakan diri sudah
berbadan dua namun Aizril langsung tidak merasa simpati malah setiap kali
memandang wajah Aleya kemarahannya memuncak.
Kesengsaraan diri mendapat simpati rakan baiknya serta rakan
baik Aizril sendiri. Bersama mereka Aleya meminta perlindungan setelah dirinya
dibuang keluarga malah mertua. Hinggakan disaat diri menunggu hari melahirkan,
Aizril tanpa simpati melepaskan amarah hingga membuat dirinya cedera.
Kelahiran cahayamata kembar yang dianggap permata hati
ditimpa musibah juga bila seorang dari anaknya menghadapi masalah kesihatan.
Kesedihan bertimpa bila anak yang baru dilahirkan meninggalkannya pergi buat
selamanya. Aizril yang tersedar dari kesilapan serta tindakannya merasa begitu
sedih mendengar berita kematian anaknya itu. Berjanji untuk berubah serta
mencurahkan kasih sayang terhadap Aleya. Memohon keampunan serta meminta diberi
peluang kedua.
Friday, 23 November 2012
Pelukan Cinta - Amisha Dania (Kaki Novel)
Tidak pernah ada cinta yang pernah mengetuk hatinya selama ini. Namun, seorang gadis yang baru sahaja menjejakkan kaki kemenara gading yang sama membuat hatinya terdetik untuk mendekati gadis ini. Sejak dari satu insident yang tidak diduga kasih mereka bercambah. Cinta yang bersemi begitu suci diterima baik oleh keluarga gadis idamannya.
Walaupun kasih suci begitu dijaga namun dugaan melanda jua. Janji yang terpatri terpaksa dirungkai bagi menjaga hati serta kasih si ibu tercinta. Mereka terpaksa berpisah jua. Namun kasih Zulaikha terhadap Armand tidak pernah padam. Tidak menyalahkan Armand yang akur akan permintaan ibunya. Cinta Armand tidak pernah pudar walaupun terpaksa berkahwin dengan sepupunya sendiri. Dia terpaksa bagi menutup aib yang dicipta isterinya yang baru dikahwini. Ditinggalkan isteri membawa hati yang lara.
Jodoh yang kuat mengembalikan cinta yang suci. Zulaikha dan Armand akhirnya bersatu kembali disamping Aliff anak luar nikah arwah isterinya. Namun bahagia yang dikecapi hanya seketika apabila si ibu menganggap Zulaikha tidak mampu memberi zuriat penyambung waris. Sekali lagi mereka terpisah jauh membawa hati yang lara. Tanpa disedari rupanya diri kini berbadan dua namun Zulaikha percaya Armand kini telah berbahagia dengan insan lain pilihan ibunya sendiri.

Saturday, 15 September 2012
Akulah Cinderella - Nozi Danisya (Kaki Novel)
Hurm....Kisah adik beradik yatim piatu. Sebagai anak sulung, dirinya terpaksa berkorban masa depan demi sesuap nasi. Dikorbankan cita-cita demi masa depan adik adik yang masih kecil. Diusia remaja sikap serta pengorbanannya menuntut diri berkorban rasa. Dugaan silih berganti.
Sikap merendah diri, membantu insan yang memerlukan membuka mata insan lain menghulurkan tangan ingin membantu. Kehidupan yang dahulunya sempit kini terbela. Dalam diam diri dicintai insan yang hadir begitu hampir dengannya. Namun diri tidak mampu menerima rasa cinta yang dihulurkan.
Kasih yang telah bertaut tidak mampu dihalang dari dilanda badai. Sanggupkah diri mempertahankan kasih hati. Mampukan diri menerima insan yang begitu mudah tewas dek rasa curiga dihati.

Cintamu Cintaku Satu - Ana Sofiya (Fajar Pakeer)
Gadis yang ditinggalkan amanah kakak yang menyahut panggilah ilahi. Zuriat yang tinggalkan dijaga dengan penuh kasih. Tanpa diduga, dugaan melanda. Kisah sedih yang disogok membuat diri mendendami insan yang tidak dikenali. Demi masa dengan insan yang dikasihi bak zuriatnya sendiri dia harus berkorban. Melupakan dendam lama. Namun tanpa sedar dirinya terikat dengan ikatan yang tidak dijangka.
Pertemuan tanpa dijangka memutik rasa cinta dihati dalam diam. Insan yang dicintai dek pandangan pertama membuat diri menyimpan rasa. Impian ingin memiliki gadis yang pertama kali ditemui tidak pernah terpadam walaupun dirinya tahu belum tentu insan yang dicintai akan ditemui semula. Namun, jika jodoh pasti bertemu jua.
Pengorbanan menuntut diri berkorban. Ikatan yang terjalin membuat hati yang benci bertukar kasih. Dendam lama ingin dirungkai demi sebuah kebenaran. Namun, ianya tidak semudah yang dijangka. Demi kebenaran juga nyawa turut terancam.

Saturday, 26 May 2012
Terlerai Kasih - Rehan Makhtar (Karya Seni)
Sebuah karya yang begitu menyentuh hati hingga membuat diri ini tersedar bahawa setiap perkahwinan pasti punya dugaan. Kisah hidup insan dari keluarga yang dipandang hina masyarakat sekeliling. Dia bangkit meneruskan kehidupan dengan kecekalan hati. Kerana latar belakang keluarganya juga membuat insan yang pernah dicintai membuangnya.
Bertemu cinta yang baru membuat hati kerasnya menjadi begitu rapuh hingga akhirnya hatinya dizalimi. Suami yang dianggap pelindung yang terlalu cemburu mempamerkan sikap ingin menakluki bukan mencintai. Pertama kali hati dilukai si suami kemaaf telah diberi. Namun apabila kesilapan yang sama diulangi adakah mampu dirinya memberi kemaafan berulang kali.
Tersentuh dengan ketulusan hati isteri memaafkan kesilapan si suami membuat kita tersedar setiap insan pasti melakukan kesilapan. Sedih, teruja dengan penceritaan novel ini. Akan diulang baca sekali lagi. Memang terbaik.

Thursday, 10 May 2012
Untuk Kau dan Aku - Najwa Aiman
Berkisar dari zaman sekolah rendah, meminati seorang gadis bernama Azura dalam diam. Obses hingga kezaman universiti. Menjadikan teman rapatnya Miza sebagai tempat untuk meluahkan rasa dan mendapatkan pandangan. Miza yang begitu setia memberi nasihat sering membantunya tanpa mengira waktu. Hingga ke alam pekerjaan sebagai seorang peguam obses terhadap Azura tidak pernah padam walaupun dia tahu ada insan lain disisinya.
Insan yang begitu setia disisi, mendengar keluh kesah serta tanpa jemu menjadi penasihat serta pendengar setia akhirnya membuat diri tersedar bahagia yang dicari ada pada insan ini....penceritaannya yang membawa kita dari satu zaman ke zaman hingga kita terasa berada didalam zaman itu sendiri.
Penutup cerita ini menuntut kita membuat rumusan adakah kebahagian miliknya bersama Miza.....
Not bad at all.

Tuesday, 8 May 2012
Lafaskan kalimah cinta - Siti Rosmizah (SR Publication)
Merupakan hasil karya Siti Rosmizah.
Mengisahkan seorang insan yang dipandang hina, malang di dalam keluarga sendiri. Dari usia muda dia sering disisih oleh ahli keluarga sendiri kecuali ibunya yang uzur. Keperitan mendambakan kasih sayang dari insan disisi membuat dirinya tabah membesar sendiri setelah kehilang ibunda tercinta buat selamanya.
Diusia dewasa pula dirinya cuba untuk mendekatkan dirinya kembali disisi namun berbagai rintangan serta cabaran yang perlu ditempuhi. Perkahwinan bukan atas dasar cinta membuat dirinya sering kali diduga hati dan perasaan.
Penuh dengan sendu serta airmata diselangi dengan humor membuat novel ini begitu istimewa.
Peminat novel jangan tunggu lagi.....

Saturday, 5 May 2012
7 hari mencintaiku - Siti Rozmizah (SR Publication)
Satu lagi karya novelist yang diminati, Siti Rosmizah.
Menceritakan tentang kehidupan gadis yang dibesarkan dalam keluarga kaya hingga hilang sifat merendah diri. Terlalu angkuh dengan kekayaan. Keangkuhan berterusan walaupun disaat diri telah hilang segala kekayaan yang dahulunya dimiliki. Berkahwin dengan insan yang pernah dicerca dan dipandang hina dek kerana kemiskinannya serta asal keturunan yang berbeza.
Walaupun perkahwinan yang tidak dirancang, ketulusan hati menerima si isteri yang berlainan darjat digalas dengan sebaik mungkin. Gadis yang merupakan cinta rahsia dari zaman persekolahan.
Ego membuat seseorang akan terluka. Membuat hati menangis dan mampu merobek sebuah ikatan. Cerita yang menarik untuk dibaca namun masih tidak dapat menandingi jalan cerita Lafaskan kalimah cintamu....

Friday, 27 April 2012
Suami yang kubenci - E-man Sufi (Buku Prima)
Selalu kita disogok dengan kisah cinta seorang gadis biasa dengan lelaki yang berharta serta mempunyai kedudukan. Novel ini menongkah arus.
Gadis yang mempunyai segalanya kecuali kedua ibubapa yang terkorban dalam kemalangan. Dengan harta serta rupa terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dulu dibenci dan dimusuhi dek kerana peristiwa yang tidak disangka.
Walaupun tiada harta, sikap luhur yang pernah ditunjukkan mengikat dia dengan gadis yang angkuh. Namun tiada siapa dapat menjangka insan yang dibenci, gadis yang sombong dan angkuh bertukar menjadi seorang yang berlainan dek penangan cinta yang wujud setelah berkahwin.
Ibu mertua yang sporting, cakap lepas membuat novel ini begitu menarik dibaca berulang kali. Ada kelucuan membuat rumahtangga mereka begitu unik.....

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada (Karya Seni)
Siapa kata gadis bertudung labuh tidak akan peroleh cinta yang unik. Novel ini mengisahkan kehidupan mereka yang turut merasa cinta dan dicintai. Perjalanan kehidupan yang sama seperti mereka diluar sana yang bisa jatuh cinta dek pandang pertama.
Walaupun bertudung labuh, sikap serta tingkah lakunya yang bersahaja mampu membuat insan sekeliling tidak memandang dirinya sebelah mata.
Dia juga mahu dicintai dan ingin dicintai tanpa membelakangkan tuntutan agama hingga sanggup menunaikan permintaan insan lain yang sanggup berkongsi kasih bersamanya. Baginya hak seorang suami tetap diutamakan. Sanggup berkorban hati dan perasaan bagi memenuhi kemahuan suami tercinta...

Thursday, 5 April 2012
Menggamit Syurga Firdaus - Kamsiah Abu (Tintarona publications)
Bermula dengan kisah cinta zaman persekolahan berlanjutan hingga ke Universiti. Cinta pertama yang menghampiri kesuatu ikatan yang lebih suci berakhir dengan perpisahan dua insan ke alam yang berlainan. Natasha begitu menyimpan kisah cinta pertama di dalam hati walaupun insan yang dikasihi telah pergi selamanya.
Jodoh yang pilih buatnya oleh orang tua terpaksa diterima tanpa bantahan. Namun dia tidak mampu memberi cinta yang sepatutnya buat insan bergelar suami disebabkan kenangan cinta lama. Namun kesabaran, cinta yang mendalam buat si isteri yang ditunjukkan Firdaus @ Michael Tan begitu menyentuh hati. Apabila cinta mula berputik dihati Natasha, sikap cemburu tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran hampir meranapkan ikatan perkahwinan mereka. Penceritaan yang tidak terlalu berat dan juga tidak membosankan.

Koleksi terbaru novel
Tak disangka, baru dua hari lepas pertama kali order online kat Karya seni. Setiba dirumah, buku yang dipesan dahpun sampai. Bertambah lagi koleksi novel di dalam tangan. Harap dapatlah dibaca secepat mungkin & memberi sedikit ulasan setelah habis dibaca.
1) Kau ditakdirkan untukku - Gee Muszisya (Karya Seni)
2) Terlanjur mencintaimu - Syamnuriezmil (Karya Seni)
3) Bila hati kata sayang - Marissa (Karya Seni)

Wednesday, 4 April 2012
Sememangnya kehidupan adalah satu cerita. Kisah benar tentan diri dan kehidupan. Bagaimana penceritaan bergantung pada apa yang diingini. Mungkin cerita kehidupan yang sedih, gembira, suka, duka. Ada yang dibukukan namun ada juga menjadi catatan dalam ingatan semata. Kisah yang dibukukan bagi dibaca dan menjadi teladan dan panduan. Mungkin ada jalan cerita dan kisah yang kebetulan bersamaan dengan kisah kehidupan insan lain. Adakah kebetulan mahupun secara kebetulan....
Subscribe to:
Posts (Atom)