Tidak pernah ada cinta yang pernah mengetuk hatinya selama ini. Namun, seorang gadis yang baru sahaja menjejakkan kaki kemenara gading yang sama membuat hatinya terdetik untuk mendekati gadis ini. Sejak dari satu insident yang tidak diduga kasih mereka bercambah. Cinta yang bersemi begitu suci diterima baik oleh keluarga gadis idamannya.
Walaupun kasih suci begitu dijaga namun dugaan melanda jua. Janji yang terpatri terpaksa dirungkai bagi menjaga hati serta kasih si ibu tercinta. Mereka terpaksa berpisah jua. Namun kasih Zulaikha terhadap Armand tidak pernah padam. Tidak menyalahkan Armand yang akur akan permintaan ibunya. Cinta Armand tidak pernah pudar walaupun terpaksa berkahwin dengan sepupunya sendiri. Dia terpaksa bagi menutup aib yang dicipta isterinya yang baru dikahwini. Ditinggalkan isteri membawa hati yang lara.
Jodoh yang kuat mengembalikan cinta yang suci. Zulaikha dan Armand akhirnya bersatu kembali disamping Aliff anak luar nikah arwah isterinya. Namun bahagia yang dikecapi hanya seketika apabila si ibu menganggap Zulaikha tidak mampu memberi zuriat penyambung waris. Sekali lagi mereka terpisah jauh membawa hati yang lara. Tanpa disedari rupanya diri kini berbadan dua namun Zulaikha percaya Armand kini telah berbahagia dengan insan lain pilihan ibunya sendiri.
No comments:
Post a Comment