Thursday, 29 November 2012

Biar Cinta Bertaburan - Yusnida Tajudin (Kaki Novel)




Bermula sebagai PA, Ayesha menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya walaupun Emeer ketuanya itu merupakan insan yang sering menyakitkan hatinya. Kata-kata yang keluar dari mulut Emeer sering menyakitkan hatinya. Namun siapa sangka Ayesha dapat bertahan kerana hatinya telah mula jatuh cinta secara diam terhadap ketuanya itu. 

Cinta yang hadir tak mungkin bersambut kerana Emeer sebenarnya tunangan orang.
Ayesha sedar tidak mungkin cintanya berbalas tetapi hakikatnya Emeer turut menyintainya dan ingin memilikinya. Prinsip Ayesha yang tidak mahu mengambil hak orang lain membuat hati mereka merana. Emeer tidak mahu kehilangan cinta Ayesha. Bagi Emeer tanpa Ayesha hidupnya tidak sempurna. Kerana cinta suci yang hadir juga antara mereka membuatkan masing-masing hanyut seketika tapi Ayesha tetap tidak mampu melanggar prinsip hidupnya untuk menjadi perampas kekasih orang lain. Walaupun dirinya mengandungkan zuriat Emeer, dirinya tidak tegar untuk menjadi orang ketiga.

Sunday, 25 November 2012

Adam dan Hawa - Aisya Sofea (Alaf 21)



Kerja sementara menemukan dua insan. Sifat Adam yang agak bebas mendampingi gadis diluar membuat Ain takut untuk menerima salam persahabatan. Namun dugaan menimpa bila meraka ditangkap berduaan di dalam rumah dengan keadaan yang mencurigakan. Ain begitu marah dengan sikap Adam yang langsung tidak berusaha untuk menafikan mereka tidak bersalah. Malah Adam dengan rela hati menerima usul agar mereka dinikahkan.

Kemarahan Ain memuncak kerana dia belum bersedia berkahwin malah menganggap maruahnya telah dipijak. Walaupun dia kini telah menjadi isteri Adam namun Ain terus membawa diri belajar keluar Negara melarikan diri jauh dari Adam. Benci dan marah bersatu membuat hatinya keras untuk menerima Adam sebagai suaminya. Setelah bertahun meninggalkan suaminya, Ain percaya ikatan perkahwinan yang pernah terjalin telah terputus. 

Tanpa disangka Adam masih lagi setia menunggu Ain malah pertemuan mereka di tanah suci bagai mengambarkan mereka sememangnya telah ditakdirkan untuk bersama selamanya. Kesetiaan Adam, kesabaran suami malah perubahan sikap Adam akhirnya membuka pintu hati Ain menerima Adam ketentuan jodoh.

Aku Untukmu - Tulip Ungu (Kaki Novel)


Izhar anak tunggal yang sering alpa dengan keseronokan serta dunia luar. Kerana sikap yang agak tersasar dari landasan agama telah membuat bapanya Datuk Hassan membuat keputusan untuk menjodohkan anak bujangnya itu dengan Ardini, anak sahabat baiknya yang telah meninggal dunia. Rakan yang pernah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dulu.


Ardini, gadis bertudung litup serta berpewatakan lembut namun mempunyai calitan sejarah hitam terasa tertekan dengan permintaan itu. Tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan keluarga Datuk Hassan yang selama ini sering membantu dirinya terpaksa membuat kisah hitamnya itu dengan harapan rancangan menjodohkan dirinya dengan anak tunggalnya terhenti. Namun harapan tinggal harapan bila kejujuran yang dipamerkan membuat diri terikat dengan ikatan perkahwinan.

Izhar, suami yang dikahwini terpaksa menerima diri Ardini tanpa kerelaan hatinya. Belum puas menikmati dunia bebas terpaksa memikul tanggungjawab yang baru. Marah dan kecewa namun terpaksa menurut kemahuan bapa.

Izhar tanpa jemu cuba mempermainkan perasaan Ardini. Tindak tanduk Izhar hanya dituruti Ardini tanpa bantahan. Dia tahu dia terpaksa menurut segala kemahuan Izhar. Pelbagai cara dilakukan untuk melepaskan rasa marahnya namun akhirnya Izhar mula merasa begitu memerlukan Ardini disisi. Mudah membuat andaian sendiri membuat rumahtangganya mula dilanda badai. Kesabaran Ardini mula rapuh memaksa diri meninggalkan Izhar semoga suami ketemuai kebahagian yang dicari dengan insan lain.

Tanpa Ardini Izhar derita. Kehilangan Ardini membuat dirinya merana.


Saturday, 24 November 2012

Andai itu takdirnya - Siti Rosmizah (Buku Prima)



Aleya meminati Syed Aizril dimana Aizril umpama merak dikayangan. Sekembali ke tanah air dia diterima bekerja disyarikat dimana milik bapa Aizril. Dalam diam Aizril turut meminati dia secara diam. Namun kerana hasad dengki musuh dalam selimut mereka diperangkap hingga membuat diri terpaksa dijodohkan. Aizril menuduh Aleya sengaja memerangkapnya. Tidak dapat menerima musibah yang melanda, keluarga Aleya sendiri turut menyisihnya. Tiada tempat mengadu, Aleya merana dengan sikap Aizril yang tanpa henti mencerca malah mendera dirinya secara mental serta fizikal. Hinggakan diri sudah berbadan dua namun Aizril langsung tidak merasa simpati malah setiap kali memandang wajah Aleya kemarahannya memuncak. 

Kesengsaraan diri mendapat simpati rakan baiknya serta rakan baik Aizril sendiri. Bersama mereka Aleya meminta perlindungan setelah dirinya dibuang keluarga malah mertua. Hinggakan disaat diri menunggu hari melahirkan, Aizril tanpa simpati melepaskan amarah hingga membuat dirinya cedera.

Kelahiran cahayamata kembar yang dianggap permata hati ditimpa musibah juga bila seorang dari anaknya menghadapi masalah kesihatan. Kesedihan bertimpa bila anak yang baru dilahirkan meninggalkannya pergi buat selamanya. Aizril yang tersedar dari kesilapan serta tindakannya merasa begitu sedih mendengar berita kematian anaknya itu. Berjanji untuk berubah serta mencurahkan kasih sayang terhadap Aleya. Memohon keampunan serta meminta diberi peluang kedua.

Namun peluang yang telah diberi sekali lagi dimungkiri. Sekali lagi Aleya terluka dengan sikap Aizril. Mampukah Aleya pertahankan rumahtangganya itu.Dugaan demi dugaan menimpa. Ketabahan hati mengharungi segala badai yang menimpa. Pasti mengalir airmata disepanjang pembacaan novel ini. Memang terbaik dari Siti Rosmizah.

Friday, 23 November 2012

Pelukan Cinta - Amisha Dania (Kaki Novel)

Tidak pernah ada cinta yang pernah mengetuk hatinya selama ini. Namun, seorang gadis yang baru sahaja menjejakkan kaki kemenara gading yang sama membuat hatinya terdetik untuk mendekati gadis ini. Sejak dari satu insident yang tidak diduga kasih mereka bercambah. Cinta yang bersemi begitu suci diterima baik oleh keluarga gadis idamannya.

Walaupun kasih suci begitu dijaga namun dugaan melanda jua. Janji yang terpatri terpaksa dirungkai bagi menjaga hati serta kasih si ibu tercinta. Mereka terpaksa berpisah jua. Namun kasih Zulaikha terhadap Armand tidak pernah padam. Tidak menyalahkan Armand yang akur akan permintaan ibunya. Cinta Armand tidak pernah pudar walaupun terpaksa berkahwin dengan sepupunya sendiri. Dia terpaksa bagi menutup aib yang dicipta isterinya yang baru dikahwini. Ditinggalkan isteri membawa hati yang lara.

Jodoh yang kuat mengembalikan cinta yang suci. Zulaikha dan Armand akhirnya bersatu kembali disamping Aliff anak luar nikah arwah isterinya. Namun bahagia yang dikecapi hanya seketika apabila si ibu menganggap Zulaikha tidak mampu memberi zuriat penyambung waris. Sekali lagi mereka terpisah jauh membawa hati yang lara. Tanpa disedari rupanya diri kini berbadan dua namun Zulaikha percaya Armand kini telah berbahagia dengan insan lain pilihan ibunya sendiri.