Sunday, 14 July 2013

Andai semalam kumiliki - Norhayati berahim (NB)


Wardah gadis kampung yg merantau ke turki setelah tamat pengajian atas tawaran kerja dari bapa teman baiknya dezzya tanpa disedari mereka merupakan adik beradik.

Pertemuan zafri dan wardah dibumi asing buat pertama kali membuat cinta merekaberputik. Jarak yg memisahkan mereka tidak sesekali menjadi penyebab untuk menbuang cinta suci.

Namun kerana simpati buat zainab, sepupu yang pernah dibenci kerana sikapnya dahulu yang lepas laku buat zafri dalam dilema. Zafri dalam dilema antara cinta yang suci mahupun simpati buat sepupu yang menunggu hari untuk pergi selamanya. Mampukah zafri keluar dari persimpangan antara kasih mahupun simpati.

Untuk sekali lagi - Azilah wahab (alaf 21)

Demi masa depan keluarga, rashidah akur terpaksa duduk berjauhan dari suami tercinta kamal. Demi kasih juga, rashidah sanggup berkorban memberi peluang kamal mencapai segulung ijazah.

Hidup diperantauan membuat hati merindu. Anak2 yg ditinggalkan mengerti bapa harus mencari rezeki jauh dikuala lumpur. Janji pernah dilafaskan mahu membawa keluarga tinggal bersamanya suatu hari nanti. Kerana berjauhan dari isteri tercinta, kamal akhirnya tersungkur dek godaan syaitan yang mahu menyesatkan anak adam.

Keizinan dipinta dari rashidah baginya berkahwin lagi. Kamal berjanji untuk berlaku adil. Keizinan diberi walaupun hati terluka, kamal bagaikan terlupa akan tanggunjawabnya terhadap keluarga yang menagih kasih dan perhatian darinya. Kerana cemburu juga kamal tersalah sangka hingga sanggup mendera rashidah tanpa mampu dia membela diri.

Saban waktu diri rashidah disakiti hingga anak anak yang sedang meningkat remaja turut menyaksikan kezaliman kamal namun dia masih lagi bertahan demi harga diri suami tercinta. Hinggalah suatu kejadian yang mampu meragut nyawanya sendiri. Bisakah dia pertahankan mahligai yang dibina walaupun secara terang kamal telah memijak lumat kasih yang ada.


Kau curi hatiku - Iman xara (jari seni)

Cinta arrisa terhadap firdaus terpaksa dilupakan walaupun firdaus berkeras untuk meneruskan hubungan cinta mereka tanpa memperdulikan perasaan orang lain. Bagi arrisa, dia percaya sememangnya dia tiada jodoh.
Pak ciknya sendiri telah berhasrat untuk menyunting adik firdaus sebagai suri hatinya maka terpaksalah arrisa mengundurkan diri demi permintaan ibu firdaus juga. Dipejabat pula arrisa sering tidak sefahaman dengan zamil hingga menimbulkan resah teman sepejabat.

Walaupun hakikatnya mereka bersahabat baik dengan teman yang sama namun tidak bagi mereka berdua. Sikap zamil yg sering lepas cakap tanpa menghiraukan perasaan arrisa turut dilihat oleh orang tua arrisa diketika teman2nya datang bertandang kerumah orang tuanya. Siapa sangka orang yang dibenci malah sering bertengkar akhirnya menjadi insan yg akan dikahwini.

Dek sikap zamil dahulu, ibu arrisa agak berat untuk menerima zamil sebagai menantunya, namun setelah diyakini oleh arrisa sendiri bahawa zamil telah berubah akhirnya menerima ketentuan jodoh anaknya itu dengan berat hati. Di awal perkahwinan, rumahtangga yang dibina amatlah bahagia hingga mereka dikurniakan cahayamata. Bahagia yg dikecapi akhirnya berubah setelah zamil mula mengenali insan lain hingga rumahtangga yang dibina akhirnya musnah dipertengahan jalan.

Kesedihan arrisa mengharungi kehidupan meraih simpati firdaus yg masih lg menyimpan rasa cinta buat arrisa walaupun dia yg terlebih dahulu mengahwini insan lain. Setelah isterinya sendiri meninggal dunia dan kehidupan arrisa yg terumbang ambing, firdaus bertekad untuk menyunting arrisa menjadi isterinya.


Biarkan ia pergi - Liza Nur (Buku Prima)

Allisa gadis yg lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi australia demi segulung ijazah. Teman serumah fara yang dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya. Walaupun fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat izani terpaut hati terhadapnya. Cinta izani hanya buat allisa. Haris yang menyintai fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan fara kerana cinta fara buat izani.

Zaquan teman baik haris yg tidak percaya terhadap cinta begitu marahkan elina sepupu fara yang mana disebabkan cinta aidil terhadap elina telah membuat aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa. Hati yg penuh amarah membuat jejak elina dicari. Bertemu badri yg sedang asyik berpeleseran bersama fara membuat amarah zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat elina dari fara yg berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Disaat zaquan mendapat maklumat yg dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yg telah bercampur dadah yg cuba badri berikan kepada fara. Allisa yg diminta menghantarkan baju kerumah elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yg disangka elina diculik kuncu2 haris. Zaquan yg telah dipengaruhi dadah telah memperkosa elina tanpa sedar mereka berdua. Akibat dari kejadian itu juga allisa menjadi hilang punca, izani membencinya dek fitnah fara.

Sekembali ke tanahair, allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu. Berdepan dengan masa depan yg kelam allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yg dilahirkan tanpa mengenali insan yg telah membuat onar terhadapnya. Zaquan yg menyedari kesilapan yg dilakukan terhadap allisa cuba mencari allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.



Awak suka saya tak - Melor Jelita (Karyaseni)

Tak sangka novel yg ada unsur unsur keislaman ini begitu menarik hingga tak sabar untuk dihabiskan bacaan.
Damien @Hilman jatuh cinta pada pandang pertama kepada Puteri Intan Zulaikha. Pertemuan kali kedua yang tanpa diduga membuat keduanya semakin rapat. Tiada luahan kata cinta sebaliknya hanyalah pertanyaan awak suka saya tak. Keislaman hilman begitu terserlah. Penolakan intan membuat hilman kecewa. Disaat ingin meluahkan rasa yang ada dalam hati, hilman sedang menanti saat dinikahkan dengan anak gadis guru agamanya. Intan yg kecewa kerana kelewatannya untuk berterus terang merana. Merawat hati yang luka intan cuba menyibukkan diri dengan kerjaya sebagai pensyarah. Ditugaskan diterengganu memberi peluang untuknya belajar menunggang kuda disana, aktiviti yang digemari Hilman.

Tidak diduga resort tempat tinggalnya milik Hilman. Malah kelab kuda itu juga milik Hilman. Percaya Hilman kini milik insan lain rasa yang ada dipendam dalam hati.

Kebenaran akhirnya terlerai, Hilman masih setia menanti Intan. Kebahagian yang bagaikan akan termaktub akhirnya terlerai kembali bila Hilman menemui kecelakaan hingga dirinya hilang ingatan. Hilman kini kembali menjadi Damien yang tidak kenal apa itu islam. Intan menyalahkan dirinya atas kejadian yg menimpa Hilman. Inyltan diminta melepaskan Hilman pergi demi kesihatannya. Akur dengan kehendak orang tua Hilman intan pasrah. Tidak diduga walaupun Damien/Hilman tida mengingati intan dia telah jatuh cinta terhadap intan. Intan yg berharap suatu hari nanti Hilmannya kembali menerima cinta Damien/Hilman.

Damien/Hilman yg begitu menyintai intan ingin mengahwininya. Percaya pada cinta dia berharap intan menerimanya. Damien/Hilman hanya mahukan intan bukan islam mmembuat intan dalam dilema.

Sanggupkah intan menerima ikatan perkahwinan dengan mengenepikan islam sebagai landasan rumahtangganya.


Wednesday, 23 January 2013

Teduhan Kasih - Marissa (Karya Seni)



Membaca kisah ini membuat kita jatuh simpati kepada watak utamanya, Iffa. Perjalanan hidupnya penuh liku sebelum bertemu kebahagiaannya sendiri. Sudahlah diceraikan suami waktu sedang mengandung, bekas suaminya, Ryzal tu tak mahu mengaku yang anak yang dikandung Iffa tu adalah anak daripada benihnya. Paling tak disangka, Iffa diceraikan sebab Ryzal mahu berkahwin
dengan orang yang mengaku dirinya sahabat baik Iffa, Ayu. Heh. Memang kawan makan kawan punya spesies ni.

Sebaik diceraikan Iffa menumpang tinggal di rumah keluarga tirinya. Mereka ni bukannya bersimpati, tapi makin menambah beban tekanan perasaan kepada Iffa. Walaupun pelbagai kata cacian yang diterima daripada ibu dan kakak tirinya, Iffa tetap bertahan demi anak dalam kandungannya. Layanan mereka kepada Iffa pun tak ubah seperti layanan kepada pembantu rumah.

Lagi kejam, waktu Iffa dah sampai masa nak bersalin tak ada sesiapa di kalangan keluarga mereka yang membantu. Masing-masing memang dah berpakat supaya Iffa bersalin sendirian. Habis berpantang, Iffa kembali ke rumah keluarga tirinya. Kononnya untuk menumpang sementara sebelum dapat kerja. Kebetulan, waktu Iffa sedang menunggu teksi nak ke hospital, Ehsan muncul menawarkan pertolongan. Kira Ehsan ni macam penyelamatlah kepada Iffa. Sanggup teman Iffa sampai ke dalam labour room walaupun mereka tiada pertalian.

Ehsan yang dah jatuh sayang kepada Adam (anak Iffa) menawarkan tempat tinggal untuk Iffa untuk
berpantang selepas melahirkan Adam. Dalam masa yang sama, hubungan dengan Ehsan masih berterusan disebabkan Adam. Ada satu peristiwa yang menyebabkan Iffa cedera dan kemudiannya nekad untuk keluar dari kongkongan keluarga tirinya. Ehsan pula dengan senang hati menerima kehadiran Iffa dan Adam dalam hidupnya. Untuk mengelakkan timbulnya fitnah, Ehsan kemudiannya melamar Iffa untuk dijadikan isteri. Masing-masing ni sebenarnya dah ada hati dalam taman. Tapi kedua-duanya fikir hubungan halal mereka berdua tu hanya disebabkan oleh Adam.

Bagaimana kedua-duanya menyesuaikan diri dalam perkahwinan ini? Bahagiakah Iffa dengan pilihannya ini? Atau masih  ada lagi anasir-anasir gangguan daripada Ayu?

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana (Kaki Novel)



Membawa kita menyelami kehidupan seorang Medina Izwani (Wani) yang dibesarkan oleh keluarga angkat. Hubungan dengan keluarga angkatnya memang baik sehinggalah Wani dah ter'kantoi'kan kekasih hati Nazrin (abang angkatnya), Zita yang curang dibelakang Nazrin. Semenjak hari itu, Nazrin memusuhi Wani kerana dia menganggap Wanilah punca keluarganya tidak dapat
menerima Zita sebagai menantu dalam keluarga itu.

Namun, sebelum Nazrin menyambung pengajiannya ke luar negara, nenek mereka dah bercadang untuk menjodohkan mereka berdua. Alasannya, tak mahu Wani pergi jauh dari keluarga mereka. Nazrin memang dah tentulah menentang perkahwinan ni. Tapi bila kesihatan nenek mereka jadi taruhan, mereka terpaksa akur dengan kehendak keluarga mereka.

Kisah mereka bermula selepas empat tahun iaitu setelah Nazrin bergelar Dr. Nazrin dan mengajar
Wani tutorial. Heh. Memang sah-sah la kena buli kan? Paling tak sangka, keluarga mereka siap ambush rumah Nazrin konon kononnya rindu dengan anak menantu. Kelam kabutlah Wani mengangkut barang dari asrama semata untuk berpindah masuk ke rumah Nazrin. Oleh kerana mereka kahwin pun bukan atas dasar suka sama suka, Nazrin dah siapkan satu bilik yang berasingan
buat Wani. Cerdiknya Nazrin, bilik mereka ni ada connection door antara keduanya. Jadi tak nampaklah macam dua bilik yang berasingan.

Jenuh juga nak berlakon macam suami isteri yang bahagia. Lagi terseksa bila si nenek dan pembantu rumah mereka (Mak Timah) nekad untuk tinggal situ lebih lama. Haha. Walaupun setelah hampir empat tahun berumah tangga, Nazrin masih lagi berhubung dengan Zita. Setia betul walaupun Zita tu bukanlah baik sangat. Wani pula masih tetap bertahan walaupun banyak je kata-kata kesat dan sinis yang keluar dari mulut Nazrin tu. Tabah sungguh. Zafril datang nak mengorat pun tegas ditolaknya sebab Wani masih ingat status dia sebagai isteri orang. Rupanya rancangan nenek dan Mak Timah untuk tinggal lebih lama adalah untuk menyedarkan Nazrin tentang Zita. Bila dah terbongkar, barulah Nazrin sedar yang Wanilah isteri yang didambakan selama ini. Dan bermulalah sesi lovey-dovey mereka ni.

Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana (Kaki Novel)



Melina yang pada awalnya digambarkan seorang yang agak liar dan memberontak. Kemudian ditemukan pula dengan Luqman, si bodyguard merangkap driver yang diupah oleh bapa Melina, Datuk Zakri untuk mengawasi pergerakan Melina. Luqman memang jadi mangsa cemuhan Melina ajelah masa ni. Tapi sebab dah diamanahkan, maka terpaksalah Luqman bersabar dengan segala
kata-kata Melina yang kasar tu.

Kemudian bila Datuk Zakri meninggal dunia dan mewasiatkan supaya Luqman dan Melina
berkahwin, memang jadi cabaranlah untuk mereka untuk adapt dalam perkahwinan tanpa rela ni. Alah, tipikallah. Dah boleh agakkan? Berawal dari benci kemudian dok berkasih sayang. Yang buatkan tebal buku ni sebab part ni je kot? Biasalah, orang kata mana
ada bahtera yang tak dilambung ombak? 

Rumahtangga siapa yang tak dilanda badai? Macam tu juga dengan rumahtangga mereka
berdua ni. Kebahagiaan yang dikecapi bagaikan diragut sekelip mata bila Luqman ditangkap berkhalwat dalam keadaan mengaibkan dengan Sarah (kawan sekampung yang memang ada perasaan pada Luqman). Haish. Kesian Luqman. Eh eh? Melina yang kecewa bila dapat tahu Luqman bakal berkahwin dengan Sarah membawa diri ke Melbourne untuk mengubati hatinya.

Bagaimana pengakhirannya kisah mereka ni?

Kalau Memang Harus Begitu - Acik Lana (Kaki Novel)



Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan
penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin! Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar.

Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja
cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang! Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi.

Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu. Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan.

Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Hikayat Cinta Si Pematah Hati - E-Man Sufi (Karya Seni)



Wafeen Wardah (Wafeen) dan Rayyan Raiqarl (Rayyan) bertemu pertama kalinya sewaktu zaman remaja mereka. Pertemuan yang tak disengajakan bila Wafeen memerlukan pertolongan daripada gangguan remaja nakal. Namun, hubungan mereka terputus bila Rayyan terpaksa berpindah mengikut ayahnya selepas pemergian ibunya. Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula bila  Rayyan ada masalah dengan Valqis (adik Rayyan). Ditakdirkan Wafeen dan neneknya (Nek Jah) menjadi penyelamat Valqis yang dihalau keluar dari rumah pada masa tu. Wafeen memang bengang sungguh dengan Rayyan bila dengar cerita Valqis.

Ironinya, perbalahan mereka dapat ditamatkan oleh kuih karipap pusing kegemaran Rayyan. Hmm, Rayyan ni agak panas baran juga sebenarnya. Tapi perkenalannya dengan Wafeen sedikit sebanyak dapat buatkan dia mengubah sikap panas barannya tu. Yelah, orang nak mengayat kan? Haruslah kena tunjuk perangai terpuji, tak gitu? Sejak awal lagi Rayyan memang dah tau yang Wafeen ni dah ada teman lelaki. Cuma bila Rayyan tahu yang teman lelaki Wafeen adalah adik tirinya, Daniel Elhan (Daniel), dia tekad untuk memikat Wafeen sebab nak balas dendam perbuatan mak tirinya yang pernah musnahkan kebahagiaan ayah dan ibunya suatu ketika dulu. Ditambah pula dengan bantuan watak tambahan Zarynn (adik susuan Rayyan) yang berterus terang kepada Wafeen tentang status Daniel memudahkan lagi rancangan untuk memikat Wafeen. Bila Wafeen dapat tahu hakikat
sebenarnya memang berperang sungguhlah.

Kesian juga Rayyan masa ni. Memanglah nampak macam kejam, tapi sebenarnya niat Rayyan tu baik. Daripada Wafeen bermadu dengan Zarynn, baiklah Wafeen jadi isteri dia aje kan? Lagipun Wafeen memang dah ada perasaan pun pada Rayyan. Cuma dia je yang tak sedar. Oh, jangan bimbang. Itu bukan  konflik sebenar. Konflik sebenar bermula selepas perkahwinan mereka. Kemalangan yang meragut nyawa ayah dan adik Rayyan telah membuatkan Rayyan cedera parah.

Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua buah pinggangnya rosak teruk. Daniel yang sangat kecewa bila dapat tahu Rayyan berkahwin dengan Wafeen mengambil peluang waktu ini untuk
mengugut Wafeen supaya meninggalkan Rayyan kalau mahukan Daniel menderma sebelah buah pinggangnya buat Rayyan. Dilema sungguh kan? Apa agaknya keputusan Wafeen? Berjaya tak agaknya Daniel pisahkan Rayyan daripada Wafeen?

Kampung Girl - Umi Kalsom (Karya Seni)




Kisah si egois Ashraf Khairi (Ashraf) yang bermati-matian menolak Ainnur Azmi (Ain) untuk dijodohkan dengannya. Diorang berdua ni sepupu. Ashraf ni pula memang sejak azali suka pandang rendah pada orang kampung, lebih-lebih lagi pada si Ain yang suka menempel dengan dia dari zaman kanak-kanak lagi. Serius memula baca memang rasa sangat 'annoying' dengan Ashraf ni. Ego tak
bertempat. Sebab dia rasa Ain tu orang kampung, tak sepadan dengan dia (mungkin tak belajar tinggi macam dia), jadi memang awal-awal lagi Ain tu bukanlah calon utama pilihannya untuk dijadikan isteri.

Ain ni pula memang kuat semangat. Sejak dari zaman remaja lagi dia memang syok sangat dengan Ashraf ni. Jadi bila Puan Mazlin (ibu Ashraf) bercadang untuk jodohkan Ain dengan Ashraf, memanglah Ain terima dengan tangan terbuka kan? Dalam masa yang sama Ain berpakat dengan semua ahli keluarga terdekatnya supaya merahsiakan pekerjaannya sebagai guru tu daripada Ashraf. Yela, Ashraf kan suka pandang rendah pada orang kampung? Dia memang tak pernah ambil tahu tentang sepupu dia yang seorang ni. Jadi jangan pelik bila dia tak tahu yang Ain tu graduan dari New Zealand.

Lawak masa scene Ashraf kantoi dengan Ain kat office tu. Kononnya nak buat Ain batalkan pertunangan bila kenalkan Ain dengan girlfriend upahan dia tu. Alih-alih rupanya si girlfriend upahan merangkap setiausahanya tu kawan baik Ain dari zaman kanak-kanak. Haha. Bila terserempak dengan Faisal yang memang syok gila dengan Ain kat airport terus Ashraf mengaku yang dia bakal suami Ain. Nampak sangat egonya tu. Haih. Elok je lepas majlis perkahwinan diorang ni, Ashraf dapat tahu yang Ain tu graduan Victoria University. Malu juga la. Tapi dia kan ego. Makin banyak pulak ayat-ayat menyakitkan hati keluar dari mulut dia. Sabar sungguh Ain melayan kerenah si Ashraf ni. Memang sabar yang berbaloi bila Ashraf dah jatuh tergolek-golek dengan Ain. Siapa yang berjaya buat Ashraf berubah? Macam mana pula dengan Faisal?

Cintaku Satu - Emy Hazza (Kaki Novel)



Kisah ni tentang Nur Hanna yg sudah bertunang dgn Adli. Walaupun dia mendengar cerita Adli ni selalu keluar dengan perempuan lain, dia pekakkan telinga sebab dia yakin dengan cinta Adli, hinggalah satu hari tu dia sendiri nampak dengan mata kepalanya, Adli bermesraan dengan insan lain di tempat awam. Terus Hanna mengambil keputusan memutuskan pertunangan mereka namun
tidak bagi Adli hingga Adhli hampir-hampir meragut kesucian Hanna. Nasibnya baik kerana diselamatkan oleh Azril. 

Adli mengambil peluang itu utk menyebarkan fitnah tentang Hanna sebelum Hanna menghantar perutusan memutuskan pertunangan hingga keluarga Hanna sendiri meragui kesucian dirinya. Geram dan marah dengan fitnah yang dilemparkan Adli serta menyesal kerana dia sendiri merahsiakan kejadian dia hampir diperkosa Adli. Akhirnya dia sendiri yang menanggung malu akibat
fitnah si Adli. Pada permulaan ibu Adli mempercayai cerita yang disampaikan Adli namun akhirnya cerita sebenar diketahui jua.

Menyesal kerana melepaskan bakal menantu sebaik Hanna. Azril pula memang tak menyembunyikan perasaannya terhadap Hanna. Kerana baru dikecewakan, Hanna memerlukan masa untuk menerima cinta Azril. Tanpa diduga orang tua Azril merancang untuk menjodohkannya dengan sepupunya Marina memyebabkan Azril membatalkan hasratnya untuk membawa Hanna berjumpa keluarganya. Apabila merasakan seperti Azril melengah-lengah hasrat memperkenalkan Hanna pada kepada keluarganya memberi peluang Marina terlebih dahulu menonjolkan diri sebagai bakal isteri Azril pilihan keluarga. Kecewa dengan berita yang didengar, Hanna mengambil kesimpulan sendiri tanpa bersemuka dengan Azril bahawa Marina sememangnya jodoh Azril walaupun cintanya
buat Azril sudah bercambah. Bila menerima tawaran menyambung pelajaran ke USA, Hanna bertekad menerimanya dan berharap mampu melupakan Azril. Di sana, Hanna bertemu Sean yang mempunyai raut wajah iras Azril. Tekad melupakan Azril namun wajah Sean membuat dirinya mengenangkan serta merindui Azril. Dengan sikap serta tindakan Hanna melayan mesra Sean membuat Sean beranggapan Hanna sebenarnya turut menyintainya.

Disaat Sean meluahkan perasaan dan hasrat untuk melamar Hanna Azril muncul. Tanpa diduga Azril dan Sean merupakan adik beradik tiri. Azril dan Hanna cuba berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Cinta yang sememangnya ada didalam hati Hanna serta Azril tidak mampu mereka pendamkan akhirnya terpaksa akur masing-masing saling menyintai. Persoalan yang tergantung sebelum ini akhirnya terungkai. Namun kebenaran cinta mereka membuat hati Sean terluka. 

Maafkan Abang - Eyla Hime (Fajar Parkeer)


Atikah Hatrisya (Hatrisya) dalam diam menyimpan rasa kepada Tengku Ariff Hazimi (Hazimi). Mereka saling mengenali semenjak dari zaman matrikulasi lagi. Hatrisya yang menyedari dirinya tak layak bergandingan dengan Hazimi menjauhkan diri dari Hazimi sedikit demi sedikit kerana Hazimi telah pun bercinta dengan Marissa pada ketika itu. Enam tahun kemudian, mereka dipertemukan kembali di bawah satu bumbung. Kebetulan Hazimi diserapkan di bawah satu jabatan dengan Hatrisya sebelum dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih pengurusan syarikat kejuruteraan ayahnya itu. Hazimi memang gembira bila dapat bertemu Hatrisya kembali tapi sebaliknya pula buat Hatrisya. Terpaksalah Hatrisya berpura-pura dan melayani Hazimi selayaknya sebagai seorang sahabat lama walaupun hatinya tak merelakan semua itu. Apa taknya, perasaannya pada Hazimi masih tak berubah walaupun dah enam tahun berlalu.

Manakala Hazimi pula dah bertunang dengan Marissa dan bakal melangsungkan perkahwinan sedikit masa lagi. Siapa sangka perasaan Hatrisya yang disimpan selama ni terbongkar juga. Gara-gara salah seorang rakan Hatrisya terlepas cakap, Yazman yang juga merupakan kawan yang dikenali semasa matrikulasi mengambil kesempatan untuk mengugut Hatrisya. Yazman ni memang dah lama menyimpan perasaan pada Marissa, tunang Hazimi tu. Jadi, bila tau Hatrisya suka Hazimi, Yazman mengugut Hatrisya untuk menggagalkan perkahwinan Marissa dan Hazimi. Memanglah mula-mula
Hatrisya buat tak endah aje ugutan Yazman tu. Tapi bila dah libatkan keselamatan Hazimi dan keluarganya, terpaksalah Hatrisya berkorban. Tak fasal-fasal je kena tangkap basah dengan Hazimi. Kehidupan Hatrisya memang berubah 360 darjah setelah 'terpaksa' berkahwin dengan Hazimi.

Diherdik, dicaci, dimaki, malah dipukul. Boleh dikatakan satu keluarga Hazimi membenci Hatrisya sebab Hatrisya dianggap pemusnah kebahagiaan Hazimi. Sampai dua kali warded tu. Memang tabah betul Hatrisya ni. Mujurlah ada Farah, Taufik dan keluarga Tan Sri Fariss. Farah ni kawan baik Hatrisya dari zaman sekolah lagi. Jadi bila kedua ibu bapa Hatrisya meninggal dunia, keluarga Farah ni la yang menanggung persekolahan Hatrisya. Memang dah macam keluarga sendiri dah, cuma Hatrisya je yang tak mahu menyusahkan keluarga Tan Sri Fariss tu. Ugutan Yazman pun takde siapa yang tahu sampailah Hatrisya dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat dipukul oleh Hazimi. Bila Yazman menemui Hatrisya di hospital dan kebetulan perbualan mereka didengari oleh Taufik, abang Farah maka terpaksalah Hatrisya menceritakan segalanya tentang ugutan Yazman tu. Oleh sebab dah tak mampu nak tanggung rasa bersalah dengan Hazimi, Hatrisya nekad untuk akhiri semua ni.

Dia rasa bersalah atas kesedihan yang dihadapi Hazimi bila dapat tahu Marissa nak kahwin dengan Yazman. Hatrisya jumpa Yazman untuk merayu supaya Yazman akhiri segala rancangan jahatnya itu. Satu kesilapan Hatrisya, dia berani jumpa Yazman bersendirian. Penyudahnya dia dirogol Yazman hingga membuat dirinya mengandung. Bagaimana Hatrisya menangani kemelut ni? Mampukah dia mencari bahagia buat dirinya juga insan yang dicintai.

The Wedding Breaker - Evelyn Rose (Karya Seni)


Ariana mengemparkan majlis akad nikah Adam dengan mengatakan bahawa dirinya sedang hamil angkara Adam. Adam yang langsung tidak mengenali dirinya. Akibat fitnah itu juga perkahwinannya bersama Juwita terbatal. Bapa Adam begitu marah dengan insiden itu mengarahkan Adam membetulkan kembali maruah keluarga yang telah tercemar. Ariana cuba dijejaki Adam bagi membersihkan kembali namanya dikhalayak ramai. Sebenarnya segala kejadian yang berlaku telah dirancang Juwita dengan bantuan Ariana kerana Adam sememangnya 'player' dan sering bertukar pasangan. Kehidupan Adam yang begitu bebas selama ini membuat orang tuanya percaya akan kejadian yang diberitahu Ariana. Dengan bantuan pengawal peribadinya Ariana berjaya dijejaki hingga Ariana diculik bagi mendapatkan kebenaran pengakuan berani matinya itu. Ariana bermatian tidak mahu membuka mulut siapa perancang utama pembohongannya itu.

Adam percaya Ariana tidak mengandung dan sengaja membawa Ariana berjumpa doktor peribadi keluarganya untuk mengesahkannya. Tanpa diduga doktor turut mengesahkan bahawa Ariana mengandung walaupun sebenarnya tidak! Doktor yang begitu mengenali rapat Adam serta keluarganya terpaksa bertindak begitu bagi menyedarkan Adam akan kesesatan yang telah dia lakukan selama ini. Adam yang begitu tertekan serta marah dengan apa yang terjadi telah memperkosa Ariana walaupun Ariana merayu dan mengakui bahawa dia hanya mereka cerita tentang kehamilannya itu. Ariana begitu kecewa dengan tindakan Adam namun dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana percaya tiada siapa yang mampu menolongnya dan turut merasa bersalah kerana tindakannya membuat kejadian yang tidak diingini terjadi.

Tanpa sedar Adam mula mendambakan Ariana. Kejadian itu membuktikan bahawa Ariana gadis suci. Sikap ingin menakluki Adam merimaskan Ariana. Adam tidak mahu ada insan lain turut menyintai Ariana. Adam begitu cemburu bila Ariana dilihat begitu mesra dan rapat dengan insan lain. Baginya Ariana hanya miliknya namun darjat tidak membenarkan dirinya untuk mengahwini Ariana.
Dek marah dan cemburu Adam menceroboh kediaman Ariana hinggakan Ariana tercedera ketika cuba menyelamatkan diri. Akibat dari itu Ariana bertekad untuk pulang ke kampung dan meninggalkan pekerjaannya kerana percaya Adam akan terus mengekorinya. Tanpa pengetahuan Adam mahupun Ariana, bapa Adam sedang merancang untuk menjodohkan mereka berdua.

Bapa Adam percaya perkahwinan ini mampu mengubah semua sikap buruk Adam selama ini. Di kampung, Ariana dikejutkan dengan berita dia akan ditunangkan. Percaya dengan pilihan orang tua Ariana pasrah namun dia begitu resah memikirkan akan dirinya yang tidak suci lagi. Bagi Adam pula dipermulaan dia terpaksa akur dengan kehendak bapanya namun setelah percaya cinta yang tulus buat Ariana dia mahukan pertunangannya dibatalkan. Adam merayu agar Ariana memberinya peluang kedua dan memaafkannya atas segala tindakannya selama ini. Bagi Ariana semuanya sudah terlambat kerana dia kini tunangan orang.

Sekembalinya Adam dari umrah setelah merasakan dirinya perlu berubah kearah kebaikan setelah begitu lama sesat dari landasan islam barulah Adam tahu tunangannya adalah Ariana. Begitu teruja dan gembira dengan takdir dia percaya semua yang berlaku atas berkat doanya selama ini serta perubahan diri kejalan kebenaran. Adam telah berubah semenjak merasakan dia kehilangan
Ariana. Kembali kelandasan agama. Ariana yang tidak ambil pusing akan tunangnya tersentak disaat lafas nikah yang diucapkan Adam dihadapan kadi. Selama ini Adamlah bakal suaminya. Namun Ariana bagaikan tidak mampu menerima hakikat Adam kini suaminya namun sebagai isteri dia haruslah mentaati Adam sebagai suaminya. Ariana merasakan dia perlu mengetahui diri Adam
sebenar.  Adam merasakan Ariana belum mampu memaafkan kesalahannya dahulu. Adam begitu berharap agar Ariana dapat melupakan segala kejadian yang pernah berlaku diantara mereka.

Dibius Cinta - Qash Irdina (Fajar Pakeer)



Pertemuan demi pertemuan yang tidak diduga antara Czalin dan Adam bagaikan suatu suratan. Kejadian di lapangan terbang yang telah meragut nyawa abangnya tanpa diduga takdir juga menyatukan mereka. Atas perancangan serta permintaan Puan Sri Saleha, ibu Adam sendiri yang telah menganggap Czalin umpama anaknya telah menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Adam terpaksa menurut permintaan ibunya kerana tidak mahu menganggu kesihatan ibunya. Czalin juga begitu malahan berasa diri terhutang budi dengan sikap serta kasih sayang yang diberikan kepadanya.

Perkahwinan tanpa perasaan cinta dipermulaan telah berlarutan hingga cinta itu hadir sendiri. Adam begitu menyintai serta mendambakan Czalin sebagai isterinya. Begitu juga Czalin yang turut merasakan cinta yang hadir buat suaminya Adam. Namun cinta yang bersemi turut diganggu gugat oleh insan yang pernah dicintai Adam. Malah Czalin turut tidak lepas dari dihimpit insan yang mendambakan cinta darinya. Setiap detik dan saat mereka diduga dengan pelbagai kejadian yang bisa menghancurkan ikatan perkahwinan mereka.

Mungkinkah ikantan yang terbina ini mampu bertahan walaupun badai yang melanda mampu merobek hati dan perasaan masing-masing.

Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad (Kaki Novel)



Lisa gadis moden menuntut di Jerman demi segulung ijazah. Tengku Akbar, jejaka kaya yang turut sama mengikuti pengajian disana menyintai Lisa sejak dari awal perkenalan mereka di KBU lagi begitu mengambil berat akan kebajikan serta keselamatan Lisa. Sikap Akbar itu begitu merimaskan Lisa. Walaupun sebenarnya persahabatan yang terjalin lebih kepada mendapatkan informasi
terkini tentang Akbar bagi menyalurkan berita yang diperolehi kepada Lily, adiknya dan sebagai balasan upah kepada informasi yang diterima. Dari perhubungan persahabatan ini juga Lisa peroleh nikmat yang berganda bila Akbar tanpa batasan melaburkan wang ringgit demi memenuhi kehidupan Lisa yang sering bersosial setelah lelah mengadap segala tugasan serta kuliah yang berat.

Bagi Akbar, dia jatuh cinta dengan sikap Lisa yang moden, terbuka, tidak bermuka-muka. Lemas dengan sikap Akbar, Lisa meminta bantuan adiknya untuk mencarikan tempat tinggal lain agar dia dapat melarikan diri jauh dari Akbar. Tidak diduga, rumah sewa yang diuruskan Lily turut disewa Syed Azri. Berkongsi bilik studio dengan insan berlainan jantina begitu menduga naluri keduanya.
Lisa cuba bersikap lebih terbuka terpaksa menerima kehadiran teman serumahnya itu. Tanpa diduga dari teman serumah mereka akhirnya menjadi kekasih. Azri sedar cinta Lisa turut diburu Akbar. Ada ketikanya Azri mencemburui Akbar walaupun Lisa sering menafikan perasaan cinta buat Akbar. Bagi Lisa Akbar hanyalah teman tapi mesra. Akbar kecewa bila Lisa secara terus terang hanya menganggap dirinya hanya teman bukan kekasih. Kehidupan serta percintaan Lisa dan Azri bagaikan suami isteri tanpa menghiraukan batas agama. Hanya kesucian Lisa tidak dicemari Azri demi menjaga ikatan percintaan suci mereka.

Demi cintanya buat Lisa Azri sanggup berpindah keluar dari rumah yang dihuni bersama agar dia tidak menodai Lisa. Sebagai lelaki normal, Azri percaya diri tidaklah begitu kuat melawan nafsu yang bergelora terhadap Lisa. Tinggal bersebelahan tidak membataskan pergerakan mereka berdua malah Lisa begitu senang menyediakan segala keperluan Azri dari penyediaan makanan malahan pakaian sehariannya. Cinta yang sedang mekar berkembang tanpa diduga telah memberi satu cahaya perubahan didalam diri Lisa untuk berubah kearah landasan Islam setelah secara tidak sengaja dia berkenalan dengan Lydia. Menyesali akan dosa-dosa yang pernah dilakukan dulu Lisa cuba berubah diri hingga menimbulkan bibit bibit pertengkaran diantara Lisa dan Azri yang tidak dapat menerima penghijrahan Lisa. Azri mahukan Lisa yang moden, terbuka dengan kehidupan sosial, seksi dan penuh berahi. Demi jatidiri yang baru, Lisa perlu melangkah kearah landasan yang benar walaupun diri masih lagi menyintai Azri setulus hati. Lisa begitu berharap Azri turut berubah kearah kebaikan bersamanya.

Menginsafi diri, Lisa terpaksa menjarakkan keintiman mereka namun masih lagi memegang cinta yang ada buat Azri. Kekecewaan dengan perubahan Lisa Azri meninggalkan Lisa tanpa sebaris kata. Lisa begitu kecewa dengan tindakan Azri dan beranggapan Azri telah meletakkan titik noktah didalam percintaan mereka. Sekembali ke Malaysia, Lisa meneruskan kehidupan kearah keredhaan dan berharap dirinya dapat melupakan cinta yang pernah hadir buat Azri walaupun dia tahu cintanya itu begitu tulus dan suci. Dunia ini begitu kecil bila Lisa bertemu Azri secara tidak sengaja dan mendapati Azri merupakan ketua di tempat kerja Lily. Kerana cinta yang begitu utuh buat Lisa, Akbar meminta ibunya mendekati ibu Lisa. Tanpa diduga juga, mereka cuba menjodohkan anak mereka berdua. Tak mungkin Lisa menerima Akbar sebagai suaminya kerana beranggapan Akbar hanyalah temannya selama ini. Lily yang begitu obses menyintai Akbar dalam diam, begitu resah bila mendengar perkhabaran jodoh kakaknya dengan Akbar cuba melakukan sesuatu bagi mengagalkan segala perancangan itu.

Diketika dia menyelinap masuk kedalam bilik Lisa, Lily telah terjumpa album lama Lisa yang menyimpan segala gambar kenangan diantara Lisa dan Azri dizaman kesesatannya. Gambar keaiban Lisa jatuh ketangan bapa yang berang bertindak memaksa Azri bertanggungjawab dengan segala dosa dosa yang telah mereka lakukan dulu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, cinta Azri terhadap Lisa yang selama ini tidak pernah terpadam sanggup menurut permintaan bapa Lisa walaupun Lisa sendiri telah menghubunginya meminta agar dia menarik diri dari meneruskan rancangan perkahwinan mereka. Lisa percaya jika dia berkahwin dengan Azri, pasti suaminya tidak mampu membimbingnya kejalan yang benar. Dia percaya Azri pastinya tidak dapat menerima dirinya yang telah bertukar imej secara total. 


Dapatkah dia menerima perkahwinan yang dirancang bapanya. Bahagiakah Lisa dengan kehidupan baru disisi Azri.