Wednesday, 23 January 2013

Isteri Separuh Masa - Suri Ryana (Kaki Novel)



Membawa kita menyelami kehidupan seorang Medina Izwani (Wani) yang dibesarkan oleh keluarga angkat. Hubungan dengan keluarga angkatnya memang baik sehinggalah Wani dah ter'kantoi'kan kekasih hati Nazrin (abang angkatnya), Zita yang curang dibelakang Nazrin. Semenjak hari itu, Nazrin memusuhi Wani kerana dia menganggap Wanilah punca keluarganya tidak dapat
menerima Zita sebagai menantu dalam keluarga itu.

Namun, sebelum Nazrin menyambung pengajiannya ke luar negara, nenek mereka dah bercadang untuk menjodohkan mereka berdua. Alasannya, tak mahu Wani pergi jauh dari keluarga mereka. Nazrin memang dah tentulah menentang perkahwinan ni. Tapi bila kesihatan nenek mereka jadi taruhan, mereka terpaksa akur dengan kehendak keluarga mereka.

Kisah mereka bermula selepas empat tahun iaitu setelah Nazrin bergelar Dr. Nazrin dan mengajar
Wani tutorial. Heh. Memang sah-sah la kena buli kan? Paling tak sangka, keluarga mereka siap ambush rumah Nazrin konon kononnya rindu dengan anak menantu. Kelam kabutlah Wani mengangkut barang dari asrama semata untuk berpindah masuk ke rumah Nazrin. Oleh kerana mereka kahwin pun bukan atas dasar suka sama suka, Nazrin dah siapkan satu bilik yang berasingan
buat Wani. Cerdiknya Nazrin, bilik mereka ni ada connection door antara keduanya. Jadi tak nampaklah macam dua bilik yang berasingan.

Jenuh juga nak berlakon macam suami isteri yang bahagia. Lagi terseksa bila si nenek dan pembantu rumah mereka (Mak Timah) nekad untuk tinggal situ lebih lama. Haha. Walaupun setelah hampir empat tahun berumah tangga, Nazrin masih lagi berhubung dengan Zita. Setia betul walaupun Zita tu bukanlah baik sangat. Wani pula masih tetap bertahan walaupun banyak je kata-kata kesat dan sinis yang keluar dari mulut Nazrin tu. Tabah sungguh. Zafril datang nak mengorat pun tegas ditolaknya sebab Wani masih ingat status dia sebagai isteri orang. Rupanya rancangan nenek dan Mak Timah untuk tinggal lebih lama adalah untuk menyedarkan Nazrin tentang Zita. Bila dah terbongkar, barulah Nazrin sedar yang Wanilah isteri yang didambakan selama ini. Dan bermulalah sesi lovey-dovey mereka ni.

No comments:

Post a Comment