Wednesday, 23 January 2013

Teduhan Kasih - Marissa (Karya Seni)



Membaca kisah ini membuat kita jatuh simpati kepada watak utamanya, Iffa. Perjalanan hidupnya penuh liku sebelum bertemu kebahagiaannya sendiri. Sudahlah diceraikan suami waktu sedang mengandung, bekas suaminya, Ryzal tu tak mahu mengaku yang anak yang dikandung Iffa tu adalah anak daripada benihnya. Paling tak disangka, Iffa diceraikan sebab Ryzal mahu berkahwin
dengan orang yang mengaku dirinya sahabat baik Iffa, Ayu. Heh. Memang kawan makan kawan punya spesies ni.

Sebaik diceraikan Iffa menumpang tinggal di rumah keluarga tirinya. Mereka ni bukannya bersimpati, tapi makin menambah beban tekanan perasaan kepada Iffa. Walaupun pelbagai kata cacian yang diterima daripada ibu dan kakak tirinya, Iffa tetap bertahan demi anak dalam kandungannya. Layanan mereka kepada Iffa pun tak ubah seperti layanan kepada pembantu rumah.

Lagi kejam, waktu Iffa dah sampai masa nak bersalin tak ada sesiapa di kalangan keluarga mereka yang membantu. Masing-masing memang dah berpakat supaya Iffa bersalin sendirian. Habis berpantang, Iffa kembali ke rumah keluarga tirinya. Kononnya untuk menumpang sementara sebelum dapat kerja. Kebetulan, waktu Iffa sedang menunggu teksi nak ke hospital, Ehsan muncul menawarkan pertolongan. Kira Ehsan ni macam penyelamatlah kepada Iffa. Sanggup teman Iffa sampai ke dalam labour room walaupun mereka tiada pertalian.

Ehsan yang dah jatuh sayang kepada Adam (anak Iffa) menawarkan tempat tinggal untuk Iffa untuk
berpantang selepas melahirkan Adam. Dalam masa yang sama, hubungan dengan Ehsan masih berterusan disebabkan Adam. Ada satu peristiwa yang menyebabkan Iffa cedera dan kemudiannya nekad untuk keluar dari kongkongan keluarga tirinya. Ehsan pula dengan senang hati menerima kehadiran Iffa dan Adam dalam hidupnya. Untuk mengelakkan timbulnya fitnah, Ehsan kemudiannya melamar Iffa untuk dijadikan isteri. Masing-masing ni sebenarnya dah ada hati dalam taman. Tapi kedua-duanya fikir hubungan halal mereka berdua tu hanya disebabkan oleh Adam.

Bagaimana kedua-duanya menyesuaikan diri dalam perkahwinan ini? Bahagiakah Iffa dengan pilihannya ini? Atau masih  ada lagi anasir-anasir gangguan daripada Ayu?

No comments:

Post a Comment