Wednesday, 23 January 2013

The Wedding Breaker - Evelyn Rose (Karya Seni)


Ariana mengemparkan majlis akad nikah Adam dengan mengatakan bahawa dirinya sedang hamil angkara Adam. Adam yang langsung tidak mengenali dirinya. Akibat fitnah itu juga perkahwinannya bersama Juwita terbatal. Bapa Adam begitu marah dengan insiden itu mengarahkan Adam membetulkan kembali maruah keluarga yang telah tercemar. Ariana cuba dijejaki Adam bagi membersihkan kembali namanya dikhalayak ramai. Sebenarnya segala kejadian yang berlaku telah dirancang Juwita dengan bantuan Ariana kerana Adam sememangnya 'player' dan sering bertukar pasangan. Kehidupan Adam yang begitu bebas selama ini membuat orang tuanya percaya akan kejadian yang diberitahu Ariana. Dengan bantuan pengawal peribadinya Ariana berjaya dijejaki hingga Ariana diculik bagi mendapatkan kebenaran pengakuan berani matinya itu. Ariana bermatian tidak mahu membuka mulut siapa perancang utama pembohongannya itu.

Adam percaya Ariana tidak mengandung dan sengaja membawa Ariana berjumpa doktor peribadi keluarganya untuk mengesahkannya. Tanpa diduga doktor turut mengesahkan bahawa Ariana mengandung walaupun sebenarnya tidak! Doktor yang begitu mengenali rapat Adam serta keluarganya terpaksa bertindak begitu bagi menyedarkan Adam akan kesesatan yang telah dia lakukan selama ini. Adam yang begitu tertekan serta marah dengan apa yang terjadi telah memperkosa Ariana walaupun Ariana merayu dan mengakui bahawa dia hanya mereka cerita tentang kehamilannya itu. Ariana begitu kecewa dengan tindakan Adam namun dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana percaya tiada siapa yang mampu menolongnya dan turut merasa bersalah kerana tindakannya membuat kejadian yang tidak diingini terjadi.

Tanpa sedar Adam mula mendambakan Ariana. Kejadian itu membuktikan bahawa Ariana gadis suci. Sikap ingin menakluki Adam merimaskan Ariana. Adam tidak mahu ada insan lain turut menyintai Ariana. Adam begitu cemburu bila Ariana dilihat begitu mesra dan rapat dengan insan lain. Baginya Ariana hanya miliknya namun darjat tidak membenarkan dirinya untuk mengahwini Ariana.
Dek marah dan cemburu Adam menceroboh kediaman Ariana hinggakan Ariana tercedera ketika cuba menyelamatkan diri. Akibat dari itu Ariana bertekad untuk pulang ke kampung dan meninggalkan pekerjaannya kerana percaya Adam akan terus mengekorinya. Tanpa pengetahuan Adam mahupun Ariana, bapa Adam sedang merancang untuk menjodohkan mereka berdua.

Bapa Adam percaya perkahwinan ini mampu mengubah semua sikap buruk Adam selama ini. Di kampung, Ariana dikejutkan dengan berita dia akan ditunangkan. Percaya dengan pilihan orang tua Ariana pasrah namun dia begitu resah memikirkan akan dirinya yang tidak suci lagi. Bagi Adam pula dipermulaan dia terpaksa akur dengan kehendak bapanya namun setelah percaya cinta yang tulus buat Ariana dia mahukan pertunangannya dibatalkan. Adam merayu agar Ariana memberinya peluang kedua dan memaafkannya atas segala tindakannya selama ini. Bagi Ariana semuanya sudah terlambat kerana dia kini tunangan orang.

Sekembalinya Adam dari umrah setelah merasakan dirinya perlu berubah kearah kebaikan setelah begitu lama sesat dari landasan islam barulah Adam tahu tunangannya adalah Ariana. Begitu teruja dan gembira dengan takdir dia percaya semua yang berlaku atas berkat doanya selama ini serta perubahan diri kejalan kebenaran. Adam telah berubah semenjak merasakan dia kehilangan
Ariana. Kembali kelandasan agama. Ariana yang tidak ambil pusing akan tunangnya tersentak disaat lafas nikah yang diucapkan Adam dihadapan kadi. Selama ini Adamlah bakal suaminya. Namun Ariana bagaikan tidak mampu menerima hakikat Adam kini suaminya namun sebagai isteri dia haruslah mentaati Adam sebagai suaminya. Ariana merasakan dia perlu mengetahui diri Adam
sebenar.  Adam merasakan Ariana belum mampu memaafkan kesalahannya dahulu. Adam begitu berharap agar Ariana dapat melupakan segala kejadian yang pernah berlaku diantara mereka.

No comments:

Post a Comment