Wednesday, 23 January 2013

Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad (Kaki Novel)



Lisa gadis moden menuntut di Jerman demi segulung ijazah. Tengku Akbar, jejaka kaya yang turut sama mengikuti pengajian disana menyintai Lisa sejak dari awal perkenalan mereka di KBU lagi begitu mengambil berat akan kebajikan serta keselamatan Lisa. Sikap Akbar itu begitu merimaskan Lisa. Walaupun sebenarnya persahabatan yang terjalin lebih kepada mendapatkan informasi
terkini tentang Akbar bagi menyalurkan berita yang diperolehi kepada Lily, adiknya dan sebagai balasan upah kepada informasi yang diterima. Dari perhubungan persahabatan ini juga Lisa peroleh nikmat yang berganda bila Akbar tanpa batasan melaburkan wang ringgit demi memenuhi kehidupan Lisa yang sering bersosial setelah lelah mengadap segala tugasan serta kuliah yang berat.

Bagi Akbar, dia jatuh cinta dengan sikap Lisa yang moden, terbuka, tidak bermuka-muka. Lemas dengan sikap Akbar, Lisa meminta bantuan adiknya untuk mencarikan tempat tinggal lain agar dia dapat melarikan diri jauh dari Akbar. Tidak diduga, rumah sewa yang diuruskan Lily turut disewa Syed Azri. Berkongsi bilik studio dengan insan berlainan jantina begitu menduga naluri keduanya.
Lisa cuba bersikap lebih terbuka terpaksa menerima kehadiran teman serumahnya itu. Tanpa diduga dari teman serumah mereka akhirnya menjadi kekasih. Azri sedar cinta Lisa turut diburu Akbar. Ada ketikanya Azri mencemburui Akbar walaupun Lisa sering menafikan perasaan cinta buat Akbar. Bagi Lisa Akbar hanyalah teman tapi mesra. Akbar kecewa bila Lisa secara terus terang hanya menganggap dirinya hanya teman bukan kekasih. Kehidupan serta percintaan Lisa dan Azri bagaikan suami isteri tanpa menghiraukan batas agama. Hanya kesucian Lisa tidak dicemari Azri demi menjaga ikatan percintaan suci mereka.

Demi cintanya buat Lisa Azri sanggup berpindah keluar dari rumah yang dihuni bersama agar dia tidak menodai Lisa. Sebagai lelaki normal, Azri percaya diri tidaklah begitu kuat melawan nafsu yang bergelora terhadap Lisa. Tinggal bersebelahan tidak membataskan pergerakan mereka berdua malah Lisa begitu senang menyediakan segala keperluan Azri dari penyediaan makanan malahan pakaian sehariannya. Cinta yang sedang mekar berkembang tanpa diduga telah memberi satu cahaya perubahan didalam diri Lisa untuk berubah kearah landasan Islam setelah secara tidak sengaja dia berkenalan dengan Lydia. Menyesali akan dosa-dosa yang pernah dilakukan dulu Lisa cuba berubah diri hingga menimbulkan bibit bibit pertengkaran diantara Lisa dan Azri yang tidak dapat menerima penghijrahan Lisa. Azri mahukan Lisa yang moden, terbuka dengan kehidupan sosial, seksi dan penuh berahi. Demi jatidiri yang baru, Lisa perlu melangkah kearah landasan yang benar walaupun diri masih lagi menyintai Azri setulus hati. Lisa begitu berharap Azri turut berubah kearah kebaikan bersamanya.

Menginsafi diri, Lisa terpaksa menjarakkan keintiman mereka namun masih lagi memegang cinta yang ada buat Azri. Kekecewaan dengan perubahan Lisa Azri meninggalkan Lisa tanpa sebaris kata. Lisa begitu kecewa dengan tindakan Azri dan beranggapan Azri telah meletakkan titik noktah didalam percintaan mereka. Sekembali ke Malaysia, Lisa meneruskan kehidupan kearah keredhaan dan berharap dirinya dapat melupakan cinta yang pernah hadir buat Azri walaupun dia tahu cintanya itu begitu tulus dan suci. Dunia ini begitu kecil bila Lisa bertemu Azri secara tidak sengaja dan mendapati Azri merupakan ketua di tempat kerja Lily. Kerana cinta yang begitu utuh buat Lisa, Akbar meminta ibunya mendekati ibu Lisa. Tanpa diduga juga, mereka cuba menjodohkan anak mereka berdua. Tak mungkin Lisa menerima Akbar sebagai suaminya kerana beranggapan Akbar hanyalah temannya selama ini. Lily yang begitu obses menyintai Akbar dalam diam, begitu resah bila mendengar perkhabaran jodoh kakaknya dengan Akbar cuba melakukan sesuatu bagi mengagalkan segala perancangan itu.

Diketika dia menyelinap masuk kedalam bilik Lisa, Lily telah terjumpa album lama Lisa yang menyimpan segala gambar kenangan diantara Lisa dan Azri dizaman kesesatannya. Gambar keaiban Lisa jatuh ketangan bapa yang berang bertindak memaksa Azri bertanggungjawab dengan segala dosa dosa yang telah mereka lakukan dulu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, cinta Azri terhadap Lisa yang selama ini tidak pernah terpadam sanggup menurut permintaan bapa Lisa walaupun Lisa sendiri telah menghubunginya meminta agar dia menarik diri dari meneruskan rancangan perkahwinan mereka. Lisa percaya jika dia berkahwin dengan Azri, pasti suaminya tidak mampu membimbingnya kejalan yang benar. Dia percaya Azri pastinya tidak dapat menerima dirinya yang telah bertukar imej secara total. 


Dapatkah dia menerima perkahwinan yang dirancang bapanya. Bahagiakah Lisa dengan kehidupan baru disisi Azri.

No comments:

Post a Comment