Wednesday, 23 January 2013
Cintaku Satu - Emy Hazza (Kaki Novel)
Kisah ni tentang Nur Hanna yg sudah bertunang dgn Adli. Walaupun dia mendengar cerita Adli ni selalu keluar dengan perempuan lain, dia pekakkan telinga sebab dia yakin dengan cinta Adli, hinggalah satu hari tu dia sendiri nampak dengan mata kepalanya, Adli bermesraan dengan insan lain di tempat awam. Terus Hanna mengambil keputusan memutuskan pertunangan mereka namun
tidak bagi Adli hingga Adhli hampir-hampir meragut kesucian Hanna. Nasibnya baik kerana diselamatkan oleh Azril.
Adli mengambil peluang itu utk menyebarkan fitnah tentang Hanna sebelum Hanna menghantar perutusan memutuskan pertunangan hingga keluarga Hanna sendiri meragui kesucian dirinya. Geram dan marah dengan fitnah yang dilemparkan Adli serta menyesal kerana dia sendiri merahsiakan kejadian dia hampir diperkosa Adli. Akhirnya dia sendiri yang menanggung malu akibat
fitnah si Adli. Pada permulaan ibu Adli mempercayai cerita yang disampaikan Adli namun akhirnya cerita sebenar diketahui jua.
Menyesal kerana melepaskan bakal menantu sebaik Hanna. Azril pula memang tak menyembunyikan perasaannya terhadap Hanna. Kerana baru dikecewakan, Hanna memerlukan masa untuk menerima cinta Azril. Tanpa diduga orang tua Azril merancang untuk menjodohkannya dengan sepupunya Marina memyebabkan Azril membatalkan hasratnya untuk membawa Hanna berjumpa keluarganya. Apabila merasakan seperti Azril melengah-lengah hasrat memperkenalkan Hanna pada kepada keluarganya memberi peluang Marina terlebih dahulu menonjolkan diri sebagai bakal isteri Azril pilihan keluarga. Kecewa dengan berita yang didengar, Hanna mengambil kesimpulan sendiri tanpa bersemuka dengan Azril bahawa Marina sememangnya jodoh Azril walaupun cintanya
buat Azril sudah bercambah. Bila menerima tawaran menyambung pelajaran ke USA, Hanna bertekad menerimanya dan berharap mampu melupakan Azril. Di sana, Hanna bertemu Sean yang mempunyai raut wajah iras Azril. Tekad melupakan Azril namun wajah Sean membuat dirinya mengenangkan serta merindui Azril. Dengan sikap serta tindakan Hanna melayan mesra Sean membuat Sean beranggapan Hanna sebenarnya turut menyintainya.
Disaat Sean meluahkan perasaan dan hasrat untuk melamar Hanna Azril muncul. Tanpa diduga Azril dan Sean merupakan adik beradik tiri. Azril dan Hanna cuba berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Cinta yang sememangnya ada didalam hati Hanna serta Azril tidak mampu mereka pendamkan akhirnya terpaksa akur masing-masing saling menyintai. Persoalan yang tergantung sebelum ini akhirnya terungkai. Namun kebenaran cinta mereka membuat hati Sean terluka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment